Prosiding itu dimulakan LHDN selepas bekas perdana menteri, Najib Razak dan anaknya, Nazifuddin, gagal lunas tunggakan cukai masing-masing sebanyak RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan bekas perdana menteri, Najib Razak, dan anaknya, Nazifuddin, menangguhkan prosiding kebankrapan kerana gagal menyelesaikan tunggakan cukai masing-masing RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.
Pesuruhjaya Kehakiman Suhendran Sockanathan @ Saheran Abdullah menolak rayuan itu selepas mendapati tiada sebarang kemudaratan lain yang boleh mewajarkan penangguhan, lapor Berita Harian.
Beliau turut memerintahkan kedua-duanya membayar kos RM7,000 setiap seorang.
Perintah itu menegaskan keputusan terdahulu oleh Timbalan Pendaftar Kamarul Aris Kamalluddin yang menolak permohonan Najib dan Nazifuddin untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap mereka.
BERITA LANJUT MENYUSUL
