33 ditahan tunggang lawan arus di Jambatan Kedua P Pinang

Seramai 32 warga tempatan dan seorang warga asing ditahan ketika operasi membanteras kegiatan mat rempit di KM3.8 Jambatan Kedua Pulau Pinang menghala Batu Kawan, awal pagi semalam. (Gambar Rawpixel)

BATU KAWAN: Polis menahan 33 penunggang motosikal, termasuk seorang warga asing yang menunggang secara berbahaya di lorong kereta dalam Operasi Motosikal di KM3.8 Jambatan Kedua Pulau Pinang menghala Batu Kawan, awal pagi semalam.

Ketua Polis Seberang Perai Selatan (SPS), Jay January Siowou, berkata semua individu berusia 16 hingga 27 tahun itu dikesan pasukan dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD SPS ketika operasi membanteras kegiatan mat rempit.

“Ketika diarahkan berhenti, penunggang motosikal berpatah balik dan menunggang melawan arus ke arah Batu Maung yang merupakan tindakan amat berbahaya, bukan saja kepada diri, malah pengguna jalan raya lain.

“Bagaimanapun, semua individu yang terdiri daripada 32 warga tempatan dan seorang warga asing berjaya ditangkap,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, operasi itu turut menyaksikan 51 motosikal pelbagai jenama disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan semua suspek dibawa ke IPD SPS untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, 110 motosikal diperiksa sepanjang operasi itu dan 74 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Author:

1 thought on “33 ditahan tunggang lawan arus di Jambatan Kedua P Pinang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *