Norazlinah Arif keluar Warisan pada 2023 dan memutuskan untuk menyokong pentadbiran pimpinan Hajiji Noor sebelum menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah.
PETALING JAYA: Norazlinah Arif daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mempertahankan kerusi Kunak untuk penggal kedua dalam pertandingan enam penjuru pada PRN Sabah 29 Nov.
Norazlinah akan berdepan Kasman Karate (Perikatan Nasional), Roselih Lumayan (Parti Impian Sabah), Ismu Isyam Arsad (Parti Perpaduan Rakyat Sabah), Anil Sandhu (Barisan Nasional) serta Jasa @ Ismail Rauddah (Warisan).
Norazlinah pertama kali dipilih sebagai Adun Kunak pada PRU 2018.
Beliau mengekalkan kerusi tersebut menerusi tiket Warisan dengan majoriti 589 undi dalam pertandingan enam penjuru pada PRN 2020.
Beliau keluar daripada Warisan pada 2023 dan memilih untuk menyokong pentadbiran dipimpin Hajiji Noor sebelum menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah.
