Sembilan calon yang diumumkan layak bertanding di DUN Tanjung Aru selepas penamaan calon di Dewan Sri Putatan.
PUTATAN: DUN Tanjung Aru menyaksikan pertandingan 9 penjuru dengn tumpuan kepada pertembungan Naib Presiden Warisan Junz Wong dan Timbalan Pengerusi DAP Sabah Chan Foong Hin.
Sebelum DUN dibubarkan bulan lalu, kerusi itu disandang Wong memenangi PRN 2020 dengan majoriti 3,147 undi.
Selain Chan yang mewakili Pakatan Harapan (PH), turut diterima pencalonannya Suhaimi Buang (Perikatan Nasional), Yee Wee Ping (Parti Impian Sabah), Wong Cheng Chee (Parti Kerjasama Anak Negeri), Dennison R Indang (Upko) dan Zaim Ansawi (bebas).
Pencalonan mereka diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tanjung Aru Masawi Salleh selepas proses penamaan di Dewan Sri Putatan.
