Kerajaan tak boleh berdiam mengenai keputusan tuntutan 40% hak Sabah, kata Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim bercakap di Dewan Rakyat hari ini mengenai justifikasi kerajaan persekutuan untuk tidak merayu keputusan mahkamah hasil 40% Sabah.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berkata Putrajaya tidak boleh berdiam diri terhadap keputusan mahkamah berhubung tuntutan 40% hasil Sabah yang menyifatkan tindakan sejak 1974 itu sebagai tidak sah, menyalahi undang-undang, tidak rasional, tidak mengikut tatacara, atau tidak seimbang.

Beliau berkata keputusan yang begitu ‘keras’ itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan boleh menjejaskan keseluruhan struktur pentadbiran kerajaan ‘sejak awal penubuhannya’.

Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Selasa mengumumkan bahawa ia tidak akan membuat rayuan terhadap hak 40% yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, tetapi akan mencabar ‘kecacatan’ dalam penghakiman Mahkamah Tinggi tersebut.

Penghakiman itu mendapati semakan selepas 2021 adalah tidak sah, tidak rasional, tidak mengikut tatacara yang betul dan tidak seimbang, dan AGC memaklumkan bahawa kerajaan persekutuan berhasrat untuk merayu berhubung isu-isu tersebut.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Anwar berkata penghakiman itu turut menuduh wujud kesilapan besar dan pengabaian oleh kerajaan persekutuan serta kerajaan negeri sejak 1974.

“Tanpa rayuan, keputusan itu boleh dianggap seolah-olah menghukum kerajaan persekutuan di bawah Tun (Abdul) Razak (Hussein) dan semua pentadbiran selepas tahun 1974, termasuk kerajaan negeri di bawah pimpinan Tun Mustapha Harun dan Tun Fuad Stephens, serta parti-parti politik yang terlibat,” katanya ketika menjelaskan keputusan kerajaan persekutuan itu.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *