Upko keluar Pakatan Harapan

Upko buat keputusan keluar PH berikutan mesyuarat khas Majlis Tertinggi dipengerusikan Presiden Ewon Benedick. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Upko mengumumkan keluar Pakatan Harapan (PH) selepas lebih empat tahun menyertai gabungan itu.

Keputusan dibuat berikutan mesyuarat khas Majlis Tertinggi Upko dipengerusikan Presiden Ewon Benedick.

Upko sebelum ini sebahagian komponen Barisan Nasional (BN) sejak 1994 hingga 2018. Parti itu meninggalkan BN selepas PRU14 dan membentuk kerajaan negeri Sabah bersama Warisan serta PH.

Parti itu kemudian menyertai PH secara rasmi pada Ogos 2021 dan bertanding di Sabah bawah gabungan itu pada PRU15, menyaksikannya menang di Penampang menerusi Ewon dan Tuaran dengan Wilfred Madius Tangau.

Sabtu lepas, Ewon meletak jawatan sebagai menteri pembangunan usahawan dan koperasi, dengan alasan berpegang kepada prinsip Upko untuk memperjuangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan hak Perlembagaan Sabah.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *