Kertas berbaur ugutan di lokasi kereta terbakar

Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh, umum penemuan kertas berbaur ugutan semasa pemeriksaan lokasi kejadian kereta terbakar. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pihak berkuasa temui sekeping kertas berbaur ugutan di lokasi kejadian di mana sebuah kereta terbakar, di Kluang, Johor semalam.

Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh, berkata kertas tersebut ditemui ketika memeriksa perkarangan rumah di mana kereta berkenaan terbakar.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api dan Seksyen 506 kanun sama kerana ugutan.

“Ketika ini, polis masih mengesan suspek dipercayai terbabit dalam kejadian itu,” katanya lapor Buletin TV3.

Menurut Bahrin, IPD Kluang menerima panggilan kecemasan pada jam 4.16 pagi memaklumkan berlaku kebakaran di pekarangan rumah berkenaan. Bomba berjaya memadamkan api sepenuhnya pada 4.30 pagi.

Menurut Buletin TV3, pemilik kenderaan dikejutkan oleh jiran yang memaklumkan Toyota Camry miliknya terbakar.

Pasukan forensik Jabatan Siasatan Jenayah dari IPK Johor turut menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *