Pusat Data AI YTL Power di Johor capai kapasiti penuh dalam 2 tahun

Yeoh Seok Hong, bercakap kepada media Malaysia di luar Sidang Kemuncak Ekonomi Pemimpin Apec di Gyeongju, Korea Selatan, semalam.

GYEONGJU: Kampus pusat data AI berskala besar milik YTL Power International Berhad di Kulai, Johor, dijangka mencapai kapasiti penuh dalam tempoh dua tahun, kata Pengarah Urusannya, Yeoh Seok Hong.

Beliau menjelaskan pusat data itu dijangka menggunakan tenaga solar serta 600 megawatt bekalan sandaran daripada grid nasional.

“Kami sudah membina dan mengoperasikan 300 megawatt di tapak ini,” katanya kepada wartawan selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang, di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Apec semalam.

“Perkembangannya sangat pantas. Kami menjangkakan dalam dua tahun akan datang, kapasiti ini akan digunakan sepenuhnya.”

Semalam, YTL Power mengumumkan pusat data AI yang menggunakan GPU NVL72 Grace Blackwell (GB 200) terkini daripada Nvidia dengan sistem penyejukan cecair telah siap.

Pusat data milik YTL Power International di Kulai direka untuk menyokong beban kerja AI dan pembelajaran mesin berskala besar serta berprestasi tinggi. (Gambar YTL Power International)

Pusat data itu terletak di tapak seluas 664 hektar di kampus pusat data Johor yang direka untuk menyokong beban kerja AI dan pembelajaran mesin berskala besar serta berprestasi tinggi.

Yeoh berkata pusat data AI berkuasa Nvidia itu dibangunkan bersama gergasi teknologi AS dan mula beroperasi bulan ini, dengan pelanggan termasuk penyedia perkhidmatan awan berskala besar global telah mula menggunakan kemudahannya.

“Kami kini sedang membincangkan pengembangan lanjut, tetapi kelajuannya sangat bergantung kepada sejauh mana kerajaan Malaysia menyesuaikan diri dengan penggunaan AI,” tambahnya.

Sehingga kini, YTL Power telah melabur RM10 bilion dalam usaha AI — separuh untuk infrastruktur pusat data dan separuh lagi untuk penyelesaian AI, termasuk model bahasa besar pertama Malaysia, Ilmu.

Yeoh juga menggambarkan kemajuan Malaysia dalam pembangunan AI sebagai ‘luar biasa’ dengan menekankan Johor telah muncul sebagai hab AI serantau hanya 22 bulan selepas lawatan pertama Huang.

“Perdana menteri sangat gembira kerana dalam tempoh 22 bulan yang singkat, begitu banyak kemajuan telah dicapai melalui AI di Malaysia.

“Oleh itu, ke hadapan, perdana menteri juga mahu mendapatkan idea daripada ketua pegawai eksekutif Nvidia terbabit untuk menubuhkan satu jawatankuasa bagi memberi cadangan cara mempercepatkan lagi program AI ini di Malaysia,” katanya.

Beliau menambah ekosistem AI Malaysia sudah menunjukkan momentum yang kukuh, dengan kira-kira 200 syarikat permulaan tempatan bekerjasama dengan YTL untuk menyambungkan API mereka dan membangunkan penyelesaian berasaskan AI sendiri.

Author:

3 thoughts on “Pusat Data AI YTL Power di Johor capai kapasiti penuh dalam 2 tahun

  1. Die Szene, in der Bond während der Verfolgungsjagd der auf dem Boden liegenden Vesper in letzter Sekunde
    mit seinem neuen Aston Martin DBS ausweicht, verschaffte dem Team rund um Stuntkoordinator Gary Powell mit 7 3/4 Überschlägen einen Eintrag ins Guinnessbuch
    – Weltrekord! Für die Screentests Mitte 2005 mussten die
    Bond-Anwärter jene Szene aus „Liebesgrüße aus
    Moskau“ nachspielen, in der Bond zum ersten Mal auf das Bondgirl Tatiana Romanova trifft.
    Doch um an das dringend benötigte Geld zu kommen, muss Le Chiffre einen hohen Einsatz riskieren. Der Geheimdienst findet heraus, dass Le Chiffre im Casino Royale von Montenegro
    beim Pokern einen hohen Geldbetrag für
    seine Organisation erspielen will.
    Feldman entschied sich dann dafür, aus dem Stoff eine Bond-Parodie zu machen. Später soll er zu Connery einmal
    gesagt haben, dass die Million am Ende doch billiger gekommen wäre als das nachher um den Film entstandene Chaos, das nicht zuletzt durch
    die Vielzahl anderer Stars zustande kam. Doch es gibt
    noch viele unbekannte Fakten über den berühmten Geheimagenten und seine
    Abenteuer, die selbst eingefleischte Fans überraschen. Seit 1962 fasziniert James Bond als 007 das Publikum weltweit.

    Ähnlich lange ist auch bereits Chris Corbould für die Effekte der
    Bondfilme zuständig. Für den Geheimagenten wurden über 200 Darsteller in Betracht gezogen, darunter die
    Australier Karl Urban, Sam Worthington und Hugh Jackman sowie der englische Henry
    Cavill. Die Musik schrieb – wie auch bereits für die drei Vorgängerfilme
    – David Arnold, unterstützt von seinem Orchestrator Nicholas Dodd.

    References:
    https://online-spielhallen.de/snatch-casino-mobile-app-dein-spielvergnugen-fur-unterwegs/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *