Gangguan teknikal LRT laluan Ampang/Petaling Jaya antara Hang Tuah-Pudu

Gangguan teknikal LRT laluan Ampang/Petaling Jaya antara Hang Tuah-Pudu

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang/Sri Petaling mengalami gangguan teknikal di antara Stesen Hang Tuah dengan Pudu.

Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali rel Rapid KL memaklumkan kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan untuk menangani isu tersebut.

Perkhidmatan tren alternatif telah diaktifkan bagi memastikan penumpang dapat meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Tren dari Sentul Timur akan berpatah balik di Pudu manakala tren dari Putra Heights dan Ampang akan berpatah balik di Chan Sow Lin.

Tren perantara turut disediakan untuk perjalanan dari Chan Sow Lin ke Pudu.

Rapid Rail memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh penumpang akibat gangguan teknikal ini.

Syarikat itu juga mengucapkan terima kasih atas kesabaran semua penumpang semasa kerja-kerja baik pulih dijalankan. – Bernama

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *