Malaysia pertimbang tubuh Kementerian Undang-Undang khusus perkukuh sistem perundangan

Malaysia pertimbang tubuh Kementerian Undang-Undang khusus perkukuh sistem perundangan

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menimbang untuk menubuhkan sebuah Kementerian Undang-Undang khusus bagi memastikan ekosistem perundangan negara lebih tersusun dan bersepadu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau berkata langkah itu juga akan membolehkan Malaysia berinteraksi dengan lebih bermakna bersama rakan serantau dalam usaha memajukan kedaulatan undang-undang, khususnya dengan negara anggota ASEAN.

“Dengan menyelaraskan diri kepada amalan terbaik jiran kita, Malaysia akan berada pada kedudukan lebih kukuh untuk membentuk sebuah tertib serantau yang lebih adil dan responsif,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Undang-Undang ASEAN 2025 di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Timbalannya M. Kulasegaran serta Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.

Anwar berkata Keterangkuman dan Kemampanan telah dipilih sebagai tema utama Pengerusi ASEAN 2025 oleh Malaysia, dengan menegaskan bahawa keterangkuman bermaksud undang-undang mesti memberi manfaat kepada setiap individu, setiap komuniti dan setiap generasi – Bernama

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *