Perbincangan tarif Malaysia-AS berlangsung dengan amat baik – PM Anwar

Perbincangan tarif Malaysia-AS berlangsung dengan amat baik – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) ketika ini mengenai rancangan tarif timbal balas Washington, telah berjalan dengan lancar.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau telah dimaklumkan mengenai perkembangan positif itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang berada di AS ketika ini.

“Pagi ini, saya menerima mesej daripada menteri MITI dan menteri kewangan II yang memaklumkan bahawa pertemuan mereka dengan Setiausaha Perdagangan AS yang sememangnya sibuk, berlangsung dengan amat baik,” kata beliau ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Meja Bulat Asia-Pasifik (APR) ke-38 di sini, hari ini.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *