
PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencatatkan pencapaian terbaik sejak 2013 dengan indeks Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.49 mata berbanding 4.60 mata pada 2023.
Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan berkata seramai 355,933 calon atau 94 peratus layak diberikan sijil SPM pada 2024 berbanding 349,297 calon pada 2023.
“Angka ini telah menunjukkan peningkatan sebanyak 6,636 calon atau 0.5 peratus. Peningkatan ini merupakan pencapaian terbaik sejak syarat pensijilan pada 2013 diperkenalkan dengan calon wajib lulus dua mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah,“ katanya dalam sidang media di sini hari ini.
— LAGI