Lelaki dilaporkan hilang Khamis lepas ditemukan lemas

Lelaki dilaporkan hilang Khamis lepas ditemukan lemas

IPOH: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Khamis lepas ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat lemas di Sungai Perak dekat Kampung Changkat Parah, Parit hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mayat mangsa Rosidi Nor, 43, dijumpai anggota bomba di sungai itu pada 4.10 petang tadi.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula pada sebelah pagi menumpukan pada kawasan sungai berikutan penemuan kasut mangsa di tebing sungai berkenaan.

“Anggota operasi menggunakan teknik pencarian pada permukaan menggunakan bot selepas pencarian di dalam hutan berdekatan gagal menemukan petunjuk.

“Selain itu, turut dilakukan pencarian di kawasan tebing sungai dan pencarian menggunakan bot JBPM serta polis, malah dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dan Pangkor,“ katanya dalam kenyataan malam ini.

Sabarodzi berkata mangsa berjaya dijumpai anggota penyelamat pada jarak tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Pusat Kawalan Bomba (PKB) untuk tujuan pengecaman ahli keluarga sebelum diserahkan kepada pihak polis,“ katanya.

Difahamkan, Rosidi yang mempunyai masalah mental dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumah.

Author:

1 thought on “Lelaki dilaporkan hilang Khamis lepas ditemukan lemas

  1. Businessiraq.com is your comprehensive online guide to the Iraqi business landscape. This platform acts as a crucial portal for navigating the intricate Iraqi market, offering a robust Iraq business directory brimming with detailed company profiles. Beyond listings, it provides invaluable insights into the Iraqi economy via up-to-date business news. The inclusion of detailed contact information and financial data empowers users to conduct thorough due diligence and make informed decisions. A bi-lingual interface (English and Arabic) is crucial for accessibility within the Iraqi market. Businessiraq.com facilitates B2B connections, aiming to foster partnerships and propel business growth within Iraq. The platform’s comprehensive approach makes it a vital tool for businesses seeking to establish a presence or expand their operations within Iraq. It offers a central hub for discovering businesses, staying informed, and connecting with valuable contacts in the Iraqi market.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *