Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana

Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan penahanan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali ramai sebagai ‘Papagomo’ di kediamannya di Putrajaya pagi ini bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan kutipan dana menggunakan nama sebuah syarikat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain yang mengesahkan perkara itu berkata penahanan Wan Muhammad Azri dilakukan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,“ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan Wan Muhammad Azri ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi tadi bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasikan nama sebuah syarikat bagi mengutip dana daripada orang awam.

Sementara itu peguam Wan Muhammad Azri, Muhammad Rafique Rashid berkata anak guamnya direman sehari.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *