Pindaan POCA dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang

Pindaan POCA dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pindaah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dapat dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang.

Beliau berkata pindaan itu dibuat susualn keputusan Mahkamah Persekutuan pada April 2022 bahawa Seksyen 4 dan 15B akta tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Shamsul Anuar berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pemegang taruh berkaitan, manakala cadangan pindaan dibentangkan dan diluluskan mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Dis lepas.

“KDN akan adakan satu lagi sesi (libat urus) dalam masa terdekat sebelum pindaan ini dirancang dibentangkan pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 nanti,” katanya.

Beliau menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) mengenai garis masa bagi meminda POCA pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *