Ribut petir, hujan lebat diramal melanda 8 negeri hingga tengah hari

Ribut petir, hujan lebat diramal melanda 8 negeri hingga tengah hari

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di lapan negeri hingga 12 tengah hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 8.40 pagi, Met Malaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya manakala Selangor membabitkan Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Keadaan sama turut diramal melanda Perak (Kerian), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Pulau Pinang (Seberang Perai Selatan) dan Terengganu (Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu).

Di Sarawak, kawasan yang mungkin terjejas ialah Kuching dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya).

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *