Remaja lelaki dikhuatiri lemas di tali air Kampung Pangkal Kalong

Remaja lelaki dikhuatiri lemas di tali air Kampung Pangkal Kalong

KOTA BHARU: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang ketika mandi di tali air dekat Kampung Pangkal Kalong, Ketereh di sini petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ketereh Hamdam Mamat berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 5.09 petang, sebelum bergegas ke lokasi bersama 15 anggota serta enam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pengkalan Chepa dan Machang.

“Sebaik tiba di lokasi, kami dapati memang benar berlaku kes lemas melibatkan seorang remaja berusia 13 tahun.

“Anggota kini masih menjalankan operasi mencari secara selaman oleh PPDA di kawasan mangsa dipercayai terjatuh, serta menjalankan operasi mencari dan menyelamat di pesisir dan permukaan air,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata sekiranya mangsa tidak berjaya ditemukan malam ini, pihaknya akan menyambung usaha mencari mangsa pada hari esok.

Author:

1 thought on “Remaja lelaki dikhuatiri lemas di tali air Kampung Pangkal Kalong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *