KPDN P. Pinang rampas 216 topi keledar Arai tiruan bernilai RM54,000

KPDN P. Pinang rampas 216 topi keledar Arai tiruan bernilai RM54,000

NIBONG TEBAL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas 216 unit topi keledar bernilai RM54,000 yang dipercayai menggunakan tanda karya seni ‘arai’ tiruan dalam serbuan di sebuah premis perniagaan di Sungai Bakap, semalam.

Pengarah Penguatkuasa KPDN Pulau Pinang, S. Jegan, berkata operasi dijalankan bersama wakil pemilik hak cipta selepas premis pemborong topi keledar dan aksesori motosikal itu disyaki menjual topi keledar yang memaparkan tanda ‘arai’ palsu, bukan keluaran asli pemilik hak cipta.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan di premis berkenaan, kami menemukan 216 unit topi keledar dengan tanda karya seni ‘arai’ yang dianggarkan bernilai RM54,000, dan kesemua barang tersebut disyaki tiruan,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah merekodkan keterangan pemilik premis itu untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat di bawah Akta Hak Cipta 1987.

KPDN Pulau Pinang turut mengeluarkan amaran keras kepada individu atau syarikat yang terlibat agar mematuhi peraturan undang-undang yang ditetapkan. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *