OP Global: Terdapat unsur penderaan fizikal, emosi terhadap mangsa – KPN

OP Global: Terdapat unsur penderaan fizikal, emosi terhadap mangsa – KPN

KUALA LUMPUR: 2 Hasil ujian saringan kesihatan terhadap 392 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) menerusi Ops Global mendapati terdapat unsur penderaan fizikal dan emosi terhadap mangsa.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ujian saringan kesihatan melibatkan 202 kanak-kanak lelaki dan 190 kanak-kanak perempuan selesai dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) semalam dan ia memerlukan penilaian lanjut terutama berkaitan kesihatan emosi kesemua mangsa yang diselamatkan.

“Elemen jenayah pertama yang kita kesan berlaku kepada mangsa, ialah penderaan fizikal dan emosi seperti mana kita maklum terdapat video tular di media sosial menunjukkan mangsa dipukul, disebat dan ditekan dadanya serta pengantunan kanak-kanak.

“Selain itu, terdapat juga elemen buruh dan eksploitasi kanak-kanak dengan mereka yang berumur bawah 18 tahun dipaksa bekerja menjual barang. Siasatan polis juga mendapati terdapat unsur pengabaian kanak-kanak berlaku selain menghadapi masalah kekurangan zat makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media berhubung perkembangan Op Global yang diadakan di Mess Pegawai Kanan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *