PM Anwar sampai sumbangan kepada kanak-kanak hidap penyakit usus kronik

PM Anwar sampai sumbangan kepada kanak-kanak hidap penyakit usus kronik

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak berusia 12 tahun Thevsin Ramesh yang menghidap penyakit usus kronik.

Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi kepada ahli keluarga kanak-kanak itu semasa menziarahi Thevsin di Hospital Tunku Azizah di sini, semalam.

“Saya sedih apabila mendapat perkhabaran mengenai keadaan adik Thevsin yang diuji dengan dugaan yang cukup berat di usia muda.

“Saya juga difahamkan beliau sudah dua tahun menerima rawatan di hospital ini,“ katanya menerusi hantaran di akaun Facebook hari ini.

Anwar turut mendoakan Thevsin diberikan kesembuhan secepat mungkin, selain berharap sumbangan diberikan dapat membantu meringankan beban ditanggung keluarga kanak-kanak berkenaan.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *