Seorang kapten antara tujuh askar Pakistan yang terkorban dalam serangan bom kereta di bandar Lakki Marwat pada Ahad. (Gambar AP)
MOSCOW: Tujuh askar Pakistan terbunuh dalam serangan bom kereta di bandar Lakki Marwat, wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa pada Ahad, menurut perkhidmatan akhbar angkatan tentera Pakistan, lapor Sputnik.
“Pada 9 Jun 2024, satu bahan letupan buatan sendiri (IED) meletup pada kenderaan pasukan keselamatan di daerah Lakki Marwat.
“Akibatnya, Kapten Muhammad Faraz Ilyas, 26, bersama enam lagi anak watan yang berani meninggal dunia,” menurut perkhidmatan akhbar itu di X.
Pada 16 Mac lalu, perkhidmatan akhbar itu melaporkan sekurang-kurangnya tujuh askar Pakistan, termasuk dua pegawai, terbunuh dalam serangan ke atas pos pasukan keselamatan di Waziristan Utara, wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang bersempadanan Afghanistan.