Doktor disyaki cabul remaja bebas dengan jaminan polis

Ketua Polis Perak Tengah Hafezul Helmi Hamzah berkata, setakat ini, belum ada suspek atau saksi lain yang dipanggil bagi membantu siasatan kes. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang doktor yang ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Perak Tengah Hafezul Helmi Hamzah memberitahu Bernama, setakat ini, belum ada suspek atau saksi lain yang dipanggil bagi membantu siasatan.

Semalam dilaporkan seorang doktor ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam kes cabul seorang remaja pada Selasa lepas.

Menurut Hafezul, doktor itu ditahan pada Rabu selepas mangsa membuat laporan mendakwa diganggu secara seksual ketika mendapatkan rawatan di wad kecemasan sebuah hospital.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan- kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *