14 kontena terbakar di Pelabuhan Barat

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran kontena di Pelabuhan Barat, Pulau Indah, Klang tengah hari tadi. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Sebanyak 14 kontena mengandungi pelbagai barangan perindustrian terbakar di Pelabuhan Barat, Pulau Indah, Klang tengah hari tadi.

Pengarah Bomba Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.40 tengah hari.

Seramai 24 anggota termasuk pegawai kemudian dikerah ke tempat kejadian bagi mengawal kebakaran, tambahnya.

“Kebakaran melibatkan 14 kontena yang berukuran 40 kaki (12.2m) di lokasi kejadian,” katanya, lapor Bernama.

“Kerja-kerja mengalihkan kontena yang terbakar dilakukan oleh pihak Pelabuhan Barat menggunakan kren.”

Wan Md Razali berkata, kontena-kontena itu mengandungi antaranya kertas kraft tidak dilunturkan, mesin basuh, polimer vinil klorida, kayu pain serta peralatan aram-aram dan acuan.

Kebakaran itu berjaya dikawal pada 2.39 petang tadi dan tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *