Pendakwaan mohon mahkamah batal rayuan Rewcastle-Brown

Pendakwaan mohon mahkamah batal rayuan Rewcastle-Brown

KUALA TERENGGANU: Pendakwaan hari ini memohon Mahkamah Tinggi di sini membatalkan rayuan pengasas dan editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dua tahun bagi kesalahan memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Pendakwaan Negeri Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah semasa pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani.

Beliau berkata ia susulan tindakan perayu yang tidak pernah hadir pada mana-mana prosiding mahkamah sepanjang kes itu berlangsung iaitu sejak pendakwaan, sabitan mahupun rayuan.

“Saya difahamkan Yang Arif Hakim telah mengeluarkan arahan untuk perayu hadir pada pengurusan kes hari ini. Bagaimanapun, perayu sendiri ternyata masih gagal hadir.

“Justeru, saya dengan rendah diri memohon rayuan ini dibatalkan atas alasan ketidakhadiran perayu sepanjang masa sama ada dari Mahkamah Majistret hingga ke Mahkamah Tinggi. Tindakan perayu itu secara automatiknya telah mengetepikan hak dalam prosiding mahkamah ini,“ katanya.

Engku Ahmad Rashdi berkata tindakan wanita warga Britain itu seolah-olah bertujuan melengah-lengahkan masa mahkamah.

Peguam Guok Ngek Seong, yang mewakili Rewcastle-Brown, pula memohon untuk membalas hujah pendakwaan namun Hassan menasihati beliau agar berbuat demikian pada prosiding seterusnya iaitu 21 Julai ini memandangkan rekod rayuan belum diterima daripada Mahkamah Majistret.

Hakim itu juga turut mengulangi perintah agar perayu hadir pada prosiding seterusnya.

Guok kemudian memaklumkan pemberita bahawa pihaknya telah mengemukakan hujahan ringkas berhubung isu ketidakhadiran perayu.

“Untuk pengurusan kes hari ini, kami juga telah failkan petisyen rayuan pada Selasa selepas Mahkamah Majistret memberi alasan penghakiman berhubung kes ini pada hari sama,“ katanya.

Ketika prosiding pertama pengurusan kes rayuan Rewcastle-Brown pada 7 Mei lepas, Hassan mengarahkan wanita itu hadir ke mahkamah hari ini.

Pada 7 Feb lepas, Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman penjara dua tahun ke atas Rewcastle-Brown selepas memutuskan beliau bersalah memfitnah Sultanah Nur Zahirah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Rewcastle-Brown yang beralamat di London, United Kingdom telah menulis buku bertajuk The Sarawak Report-The Inside Story of 1MDB Expose yang didakwa mengandungi tohmahan terhadap Sultanah Terengganu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 8 pagi 14 Sept 2018 di Lot 60048, Taman Chendering Utama, di sini mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Author:

1 thought on “Pendakwaan mohon mahkamah batal rayuan Rewcastle-Brown

  1. Good blog you have got here.. It’s hard to find quality writing like yours nowadays.
    I honestly appreciate individuals like you!
    Take care!!
    casino en ligne
    Right here is the right site for anyone who really wants to understand this topic.
    You understand so much its almost hard to argue with you (not
    that I actually will need to…HaHa). You certainly put a fresh
    spin on a topic which has been discussed for many years.
    Excellent stuff, just excellent!
    casino en ligne
    If you desire to get a great deal from this paragraph
    then you have to apply these techniques to your won weblog.

    casino en ligne
    It’s difficult to find knowledgeable people for this subject, however, you
    seem like you know what you’re talking about!
    Thanks
    casino en ligne
    Thank you for sharing your info. I really appreciate your efforts and I will be
    waiting for your next post thank you once again.
    casino en ligne
    Thanks very interesting blog!
    casino en ligne
    Thanks in favor of sharing such a good thought, paragraph is fastidious, thats why i have
    read it fully
    casino en ligne
    Link exchange is nothing else except it is simply placing the other person’s website link on your
    page at appropriate place and other person will also do similar in favor of you.

    casino en ligne
    That is very interesting, You are a very skilled blogger. I have joined your rss feed and look
    forward to seeking more of your fantastic post.
    Additionally, I have shared your website in my social networks
    casino en ligne
    Heya i am for the first time here. I found this board and I find
    It truly useful & it helped me out much.

    I hope to give something back and aid others like you helped me.

    casino en ligne

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *