‘Bom’ dihantar ke kementerian pelancongan palsu, kata Polis

Ketua Polis Putrajaya A Asmadi Abdul Aziz berkata siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Letupan dan Bahan Api 1957. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Satu bungkusan yang dihantar ke ibu pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di Putrajaya petang tadi adalah bom palsu.

Ketua Polis Putrajaya A Asmadi Abdul Aziz berkata bungkusan itu dialamatkan ke pejabat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing, lapor Sinar Harian.

Asmadi berkata siasatan awal polis mendapati bungkusan itu dihantar ke kementerian menerusi sebuah syarikat penghantaran pada 11.19 pagi dan diambil sebelum dibawa ke tingkat 14 pada 2.45 petang.

Katanya, unit pemusnah bom yang menjalankan siasatan mendapati ialah bom palsu.

“Apabila dibuka didapati ia diletakkan bersama paip polyvinyl chloride (PVC), wayar dan ‘timer’,” katanya dalam sidang media.

Katanya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Letupan dan Bahan Api 1957.

Dalam kejadian kira-kira 3.40 petang itu, bangunan berkenaan diarahkan kosong selepas terdapat ancaman bom.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *