Pastikan tiada kontena Isreal berlabuh di Malaysia, kata Zahid

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dan perniagaan secara langsung dengan Israel. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Kementerian Pengangkutan perlu memastikan tiada mana-mana kontena dari syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel berlabuh di pelabuhan di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Beliau berkata ini kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dan perniagaan secara langsung dengan rejim Zionis itu.

“Saya telah sebut perkara ini, bahawa kita tidak ada hubungan diplomatik termasuk hubungan perniagaan langsung dengan Israel. Isu ini amat dekat dengan rakyat Malaysia keseluruhannya dan saya tidak fikir kita boleh berkompromi dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan program Halal on Track @ Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

Ahad lepas Zahid dilapor berkata siasatan terhadap dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri perlu disegerakan.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *