Bicara kes pecah amanah Najib, Mohd Irwan ditangguh, lebih 100 dokumen belum diserahkan

Bicara kes pecah amanah Najib, Mohd Irwan ditangguh, lebih 100 dokumen belum diserahkan

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes pecah amanah Datuk Seri Najib Tun Razak bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah membabitkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion, ditangguhkan ke 19 Jun.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan penangguhan peguam Datuk K. Kumaraendran dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, masing-masing mewakili Mohd Irwan dan Najib untuk menangguhkan kes berikutan terdapat lebih 100 dokumen belum diserahkan kepada pihak pembelaan.

Permohonan pembelaan juga tidak dibantah Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saiffudin Hashim Musaimi.

“Perbicaraan ditangguhkan sehingga 19 Jun untuk memberi peluang kepada pihak pendakwaan untuk meneliti dokumen untuk diserahkan kepada pembelaan.

“Dua minggu memadai untuk pembelaan meneliti dokumen dan menyediakan pembelaan, perbicaraan akan bermula 19 Jun ini,” kata Hakim Muhammad Jamil.

— LAGI

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *