
Pada April, ADF dilaporkan mengalami kekurangan pengambilan kira-kira 4,400 anggota setakat Januari tahun ini. (Gambar AFP)
KUALA LUMPUR: Warganegara asing pemastautin tetap di Australia tidak lama lagi akan dapat berkhidmat dalam angkatan tentera Australia.
Dalam usaha meningkatkan pengambilan pekerja, warga New Zealand layak yang tinggal di Australia boleh memohon menyertai Pasukan Pertahanan Australia (ADF) seawal Julai tahun ini.
Bawah kriteria yang diperluas ini, penduduk tetap layak yang telah tinggal di Australia selama 12 bulan juga boleh memohon untuk menyertai ADF bermula Januari 2025.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Richard Marles berkata, langkah membuka pengambilan ADF kepada warga New Zealand yang tinggal di Australia akan meningkatkan peluang sambil mengukuhkan ikatan Kor Tentera Australia dan New Zealand (Anzac).
“Kerajaan Australia memilih untuk mengembangkan ADF kerana ia penting untuk menghadapi cabaran keselamatan negara melalui dekad yang akan datang dan seterusnya,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Menteri Kakitangan Pertahanan Matt Keogh berkata, pengambilan daripada kumpulan yang lebih luas akan membantu memastikan ADF mencerminkan kepelbagaian penuh Australia dan mampu memanfaatkan bakat seluruh masyarakat Australia.
Pada April, ADF dilaporkan mengalami kekurangan pengambilan kira-kira 4,400 anggota setakat Januari tahun ini.