226 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah di Pahang

226 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah di Pahang

KUANTAN: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang menahan 226 individu termasuk 11 wanita atas pelbagai kesalahan dadah dalam Ops Hawk yang dijalankan di 11 daerah di negeri ini pada 28 hingga 30 Mei lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata kesemua yang ditahan berusia lingkungan 16 hingga 64 tahun dalam operasi yang melibatkan 14 pegawai dan 101 anggota.

“Sepanjang tiga hari operasi itu dijalankan sebanyak 138 serbuan dengan 281 pemeriksaan berjaya dilaksanakan dan daripada 226 orang yang ditahan, 15 membabitkan kesalahan bekalan/pengedaran, 66 kesalahan memiliki manakala 145 lagi bagi kesalahan urin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata JSJN juga turut memberkas empat lelaki yang dikehendaki atas kesalahan dadah dan sebanyak 26 tangkapan berpotensi dituduh di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut Yahaya 516.25 gram (g) heroin, 103.75g syabu, 16.75g ganja, 94 biji pil yaba, empat biji pil eramin, 52 biji pil nitrazepam, 0.15g cecair dadah, 205 liter air ketum dan 2.3 kilogram daun ketum dengan anggaran keseluruhan RM33,287 dirampas, selain tiga motosikal dan wang tunai dengan nilai keseluruhah RM18,020 turut disita.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *