Polis tahan lelaki didakwa aib kehormatan wanita baru dikenali

Polis tahan lelaki didakwa aib kehormatan wanita baru dikenali

KUALA LUMPUR: Polis menahan lelaki berusia 27 tahun yang didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita dikenalinya menerusi media sosial Instagram pada awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata suspek ditahan pada 2.25 petang semalam di ibu negara ekoran laporan polis dibuat mangsa pada 17 Mei lepas.

“Mangsa mendakwa suspek yang dikenalinya sebagai peniaga dalam talian telah membuat panggilan video sebelum menunjukkan alat sulit dan bercakap lucah,“ katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mangsa yang berusia 24 tahun mendakwa menerima panggilan video itu semasa berada di rumah di Taman Melewar di sini.

Mohamad Lazim berkata suspek dilepaskan dengan jaminan polis selepas direkodkan keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati sewaktu menggunakan media sosial dan tidak mudah terpedaya dengan individu baru dikenali.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *