Dakwaan serang OKU, pengiring TMJ disiasat polis

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Shuhaily Zain berkata kejadian itu didakwa berlaku di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR: Salah seorang pengiring Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedang disiasat selepas didakwa menyerang seorang lelaki kurang upaya di sebuah hotel di sini semalam.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323 (kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan),” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Shuhaily Zain pada sidang media.

“Belum ada tangkapan lagi, jadi kami tidak tahu mengapa lelaki itu diserang. Malah lelaki kurang upaya yang membuat laporan itu tidak pasti mengapa dia diserang.”

Ketika ditanya sama ada pengadu masih dirawat di hospital, Shuhaily berkata, beliau enggan mengulas.

Seksyen 323 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum setahun, denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *