Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, pada sidang media di ibu pejabat TNB di Bangsar.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata ia tidak akan siasat kemungkinan ‘konflik kepentingan’ dalam pelantikan sebuah syarikat yang dikaitkan dengan suami Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh untuk suatu sistem transit.
Ditanya sama ada SPRM akan menyiasat pelantikan itu, Ketua Pesuruhjaya Azam Baki berkata Asia Mobility Technologies Sdn Bhd mendapat kontrak daripada kerajaan Selangor bukan suatu kesalahan.
“Dari segi undang-undang, jika seseorang mendapat kontrak atau manfaat daripada mana-mana entiti kerajaan, tetapi individu berkenaan tiada kaitan dengan entiti itu, maka ia bukan suatu kesalahan,” katanya kepada pemberita pada suatu acara di ibu pejabat TNB.
“Suaminya (Yeoh) mendapat kontrak daripada kerajaan Selangor dan dia (Yeoh) adalah menteri belia dan sukan, jadi tiada kaitan.
“Kontrak itu diberikan oleh entiti yang tiada kaitan dengan Yeoh. Jika kementerian memberikan kontrak kepada syarikat suaminya, itu cerita lain.”
Sebelum ini, persoalan timbul apabila Asia Mobility menjadi salah satu daripada dua syarikat yang diberikan projek oleh kerajaan Selangor tanpa tender terbuka.
CEO syarikat itu Ramachandran Muniandy, suami kepada Yeoh.
BERITA LANJUT MENYUSUL