Exco Perlis sudah sedar, tapi paru-paru masih ada jangkitan, kata MB

Exco Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad, dimaklumkan dalam keadaan keletihan kerana paru-paru masih ada jangkitan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Exco Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad yang dirawat dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar sejak 14 Mei telah sedar serta keadaannya semakin stabil.

Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli, berkata bagaimanapun Adun Mata Ayer daripada PAS itu masih dalam keletihan.

“Dia (Wan Badariah) sedar tetapi terlampau letih. Paru-paru masih ada jangkitan,” katanya kepada Bernama.

Shukri berkata, pada masa ini portfolio Wan Badariah digalas dua exco lain, Wan Zikri Afthar Ishak dan Megat Hashirat Hassan.

Pada 15 Mei, Bernama melaporkan Wan Badariah, 47, mendapatkan rawatan dan ditidurkan pada petang 14 Mei di ICU, HTF dan Menteri Besar Perlis dipetik sebagai berkata, Adun berkenaan ditidurkan selepas mengalami komplikasi jantung dan paru-paru.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *