Amir Hamzah akan umum tarikh, mekanisme penyasaran subsidi diesel, kata PM

Selasa lalu, Anwar Ibrahim mengumumkan penyasaran subsidi bahan api mendapat persetujuan Jemaah Menteri dan akan bermula dengan diesel di Semenanjung.

PETALING JAYA: Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan akan mengumumkan dalam masa terdekat tarikh dan mekanisme pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga menteri kewangan dilaporkan berkata demikian selepas satu majlis di Kuala Lumpur, menurut Bernama.

Selasa lalu, Anwar mengumumkan penyasaran subsidi bahan api mendapat persetujuan Jemaah Menteri dan akan bermula dengan diesel di Semenanjung.

Langkah itu dijangka dapat menjimatkan negara RM4 bilion setahun untuk digunakan bagi membantu golongan sasar, selain menyusun semula struktur kewangan awam.

Anwar turut mengumumkan langkah membendung kenaikan mendadak harga barang dan perkhidmatan dengan terus menyediakan subsidi diesel kepada peniaga menggunakan kenderaan komersial bermotor diesel.

Insentif itu melibatkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Bagaimanapun ada segelintir pihak mempersoalkan pengumuman itu kerana tidak dinyatakan tarikh dan mekanisme pelaksanaan penyasaan subsidi diesel itu.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *