Masters Malaysia: Zii Jia, Axelsen buat perhitungan di final

Lee Zii Jia menumpaskan pemain Hong Kong Angus Ng Ka Long, 21-15, 21-17, dalam saingan separuh akhir Masters Malaysia. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Bekas juara All England Lee Zii Jia hanya selangkah lagi untuk merangkul gelaran sulung di laman sendiri selepas mara buat pertama kali di pentas final Masters Malaysia malam ini.

Didorong oleh sokongan padu penyokong tuan rumah di Arena Axiata di Bukit Jalil, pemain nombor 10 dunia itu, yang mengalami kekejangan ketika menewaskan pemain Denmark Anders Antonsen semalam, menang 21-15, 21-17 ke atas pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long dalam saingan separuh akhir dalam aksi ulangan final Terbuka Thailand, Ahad lalu.

Juara Terbuka Thailand, Zii Jia, bagaimanapun, berdepan tugas berat pada perlawanan akhir esok apabila dijadual bertemu pemain nombor satu dunia Denmark, Viktor Axelsen.

Axelsen sedang memburu gelaran pertamanya tahun ini untuk menamatkan kemarau gelaran hampir enam bulan selepas kali terakhir memenangi kejuaraan siri Jelajah Akhir Dunia 2023 Disember lalu.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *