Ibu maut cuba selamatkan anak terperangkap kebakaran

Keadaan rumah kedai dua tingkat didiami mangsa yang musnah dalam kebakaran di Jalan Balik Pulau, pagi tadi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang wanita dan dua anaknya maut dalam kebakaran sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, dua daripada mangsa ditemukan di tingkat bawah manakala seorang lagi di tingkat atas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau Mohd Faris Mansor berkata kejadian berlaku ketika wanita terbabit berada di premis itu bersama tiga anaknya iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

“Pada mulanya, dia berjaya keluar bersama dua anak lelaki namun masuk semula ke dalam premis selepas menyedari anak perempuannya masih berada diikuti oleh salah seorang anak lelakinya.

“Kebakaran turut mencetuskan asap tebal kerana membabitkan barangan perabot seperti permaidani dan tilam,” katanya menurut Berita Harian.

Faris berkata pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian.

Operasi pemadaman membabitkan anggota BBP Seri Balik Pulau bersama dua jentera dengan dibantu BBP Balik Pulau.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *