Polis buru lelaki kes samun bersenjata tular di FB

Polis buru lelaki kes samun bersenjata tular di FB

IPOH: Polis sedang giat memburu seorang lelaki terlbabit dalam kejadian samun bersenjata di sebuah rumah di Jalan Coldstream Buntong, Kampung Baru Buntong di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 30 tahun mengenai kejadian itu yang berlaku pada jam 2.55 pagi.

“Suspek menggunakan sebuah kereta Nissan Almera berwarna putih dengan bersenjatakan parang telah mengejar mangsa dan meragut rantai leher emas mangsa dianggarkan bernilai RM15,000.

“Siasatan polis menerusi rakaman kamera litar tertutup mendapati suspek memakai topi dan pelitup muka warna hitam semasa kejadian. Polis telah menjumpai kereta digunakan suspek yang ditinggalkan di sebuah lorong jalan di kawasan tersebut,“ katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Josin Amatin di talian 016-2222491 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu video insiden berkenaan yang memaparkan kediaman seorang individu diserang lelaki bersenjata tular di halaman Facebook sejak pagi tadi.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *