Kediaman Ahmad Khuzaimi Piee dipecah masuk, motosikal hilang

Kediaman Ahmad Khuzaimi Piee dipecah masuk, motosikal hilang

KUALA LUMPUR: Pasukan Selangor FC sekali lagi dikejutkan dengan misteri ‘serangan’ terhadap pemainnya, apabila rumah pemain pertahanan Ahmad Khuzaimi Piee dipecah masuk semalam.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya hari ini, Ahmad Khuzaimi berkata kejadian tersebut menyebabkan sebuah motosikal hilang manakala beberapa beg silang serta pasport turut ‘lesap’.

“Kepada sesiapa yang terlihat motor Y15 Movistar biru plat RV1700 minta maklum kepada saya dan balai polis terdekat,” katanya.

Susulan kejadian tersebut, pemain berusia 30 tahun itu telah membuat laporan polis di Shah Alam pada dan menjelaskan bahawa kejadian berlaku kira-kira 9 malam semasa beliau pulang ke rumah selepas menjalani sesi latihan bersama skuad Gergasi Merah.

“Saya dapati pintu pagar depan dan belakang telah terbuka. Saya buat pemeriksaan di dalam rumah dapati ada barang-barang yang hilang…,” menurut keterangan terkandung dalam laporan polis dibuatnya.

Beliau pada masa sama turut memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan terdapat kesan hitam pada satu daripada pintu serta pintu almari di dalam rumahnya.

Pada 5 Mei lepas, negara digemparkan dengan serangan terhadap pemain sayap sensasi Selangor Muhammad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim menyebabkan kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *