Ahli Parlimen Bangladesh dibunuh ketika ke India

Anwarul Azim Anar ke India untuk rawatan perubatan pada 12 Mei lalu, tetapi hilang keesokannya. (Gambar X)

NEW DELHI: Seorang Ahli Parlimen parti pemerintah Bangladesh yang tiba di India untuk rawatan perubatan dibunuh di ibu negeri Bengal Barat, Kolkata.

Anwarul Azim Anar, 56, Ahli Parlimen selama tiga penggal ke India pada 12 Mei lalu dan hilang pada keesokannya, menurut laporan Agensi Berita Bangladesh, Sangbad Sangstha (BSS) pada Rabu.

Ahli politik Liga Awami itu mewakili kawasan pilihan raya di daerah sempadan Jhenaidah.

Polis India menemui mayat Anar di sebuah pangsapuri di New Town, Kolkata.

“Setakat ini, kami mengetahui semua individu terlibat dalam pembunuhan itu adalah warga Bangladesh. Ia pembunuhan dirancang,” kata Menteri Dalam Negeri Bangladesh, Asaduzzaman Khan.

Anar mempunyai ramai kawan di India dan seorang daripadanya ialah peniaga emas, Gopal Biswas di mana beliau tinggal sebelum hilang, lapor Telegraph.

Anar keluar berjumpa doktor pada 13 Mei lalu, tetapi tidak pernah kembali.

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina terkejut dan sedih atas kematian ahli politik partinya.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *