Kapasiti efektif 30.3 % tidak bermakna bekalan hanya untuk 30 hari – PBAPP

Kapasiti efektif 30.3 % tidak bermakna bekalan hanya untuk 30 hari – PBAPP

GEORGE TOWN: Kapasiti efektif Empangan Air Itam yang merekodkan kadar 30.3 peratus bukan bermakna kadar itu hanya mencukupi untuk bekalan air selama 30 hari, menurut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

Ketua Pegawai Eksekutifnya K.Pathmanathan berkata anggaran tersebut mengelirukan kerana terdapat kelayakan penting bagi tempoh masa tersebut iaitu ‘tanpa hujan’ dan apabila terdapat hujan di kawasan tadahan air (KTA) Air Itam, maka bilangan hari tersebut akan berubah.

“Pada pertengahan April ini, tidak dinafikan kapasiti efektif Empangan Air Itam adalah rendah iaitu 30.3 peratus tetapi PBAPP masih aktif mempertahankan simpanan yang ada menerusi Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AlDAP 2024).

“PBAPP mempunyai pilihan untuk mengetatkan lagi kawalan bekalan air AIDAP bagi mempertahankan baki simpanan empangan untuk jangka masa yang lebih lama, namun ia boleh menyebabkan beberapa kesulitan kepada sesetengah pengguna di kawasan perkhidmatan Air Itam,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Pathmanathan menjelaskan PBAPP melaksanakan AIDAP 2024 sebagai langkah kontingensi apabila kapasiti efektif empangan menyusut kepada 32.8 peratus pada 5 Feb lepas dengan bermulanya fenomena El Nino penuh di negeri itu.

Menurutnya keputusan AIDAP 2024 dalam tempoh 70 hari lepas perlu meyakinkan pengguna air di Air Itam bahawa kapasiti efektif empangan 30.3 peratus tidak harus menjadi penyebab panik, malah PBAPP sedar pelepasan dari empangan itu mesti diuruskan dengan teliti hingga musim hujan 2024.

Beliau turut memaklumkan perkhidmatan bekalan air masih normal di kawasan perkhidmatan Air Itam walaupun PBAPP tidak mengetahui tempoh masa musim panas dan kering ini akan berakhir.

Justeru, beliau mengulangi rayuan agar pengguna terutama di Air Itam untuk terus mengurangkan penggunaan air sebanyak 10 peratus pada April, Mei dan Jun ini.

Ahad lepas, Ketua Menteri Chow Kon Yeow memaklumkan hujan lebat di beberapa kawasan di negeri ini tidak membantu meningkatkan paras Empangan Air Itam yang kini mencatat tahap ketiga kritikal iaitu pada kapasiti 30.8 peratus.

Author:

1 thought on “Kapasiti efektif 30.3 % tidak bermakna bekalan hanya untuk 30 hari – PBAPP

  1. Blackjack, in Casino Niederlande oft auch als 21 bekannt, ist eines der beliebtesten Kartenspiele.
    Besucher können zwischen amerikanischem und europäischem Roulette wählen, wobei jede Variante
    ihre eigenen Reize und Gewinnchancen mit sich bringt.
    Roulette, das Königsspiel der Casinos, ist in den Holland Casinos ein unverzichtbarer Klassiker.

    Poker wird ebenfalls direkt als “Poker” übernommen, wobei Begriffe wie
    “Kaarten” (Karten), “Inzetten” (setzen) und “Bluffen” (bluffen) nützlich sind.
    Bei Roulette, das im Niederländischen denselben Namen trägt, sind Begriffe wie “Rood”
    (rot), “Zwart” (schwarz), “Even” (gerade) und “Oneven” (ungerade) besonders wichtig.
    Beim Besuch von Casinos in den Niederlanden sind einige
    wichtige niederländische Wörter und Ausdrücke hilfreich.

    Mit dieser Zahlungsmethode können wir unser
    Geld von dem Konto, das wir bei unserer Bank haben, auf das Konto überweisen, das wir auf der niederländischen Wettseite haben.
    Grundsätzlich bietet jede Wettseite in den Niederlanden Kreditkarten als Zahlungsmittel auf
    ihren Websites an. Wenn wir denken, dass wir Hilfe brauchen, um unsere ungesunde Beziehung zu Online-Casino-Wetten zu lösen,
    können wir sie besuchen agog.nl. Für Glücksspiele müssen wir einen Steuersatz von 29 % für
    das Geld zahlen, das wir erworben haben, als wir Wetten auf Casinospiele auf den niederländischen Glücksspiel-Websites
    platziert haben.

    References:
    https://online-spielhallen.de/zet-casino-promo-code-dein-schlussel-zu-bonusangeboten/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *