Pegawai kanan penguat kuasa kemuka tuntutan palsu RM1.18 juta direman

Pegawai kanan penguat kuasa kemuka tuntutan palsu RM1.18 juta direman

ALOR SETAR: Seorang pegawai kanan sebuah agensi penguat kuasa ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM1.18 juta empat tahun lalu.

Perintah reman selama sehari ke atas suspek berusia 40-an itu dikeluarkan Majistret Siti Noor Hasliza Md Ali susulan permohonan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, untuk siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Menurut sumber pegawai berkenaan yang disyaki mengemukakan tuntutan palsu bagi kerja-kerja penyelenggaraan kapal ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam di Pejabat SPRM Kedah di sini, ketika hadir untuk memberi keterangan.

Semalam empat individu termasuk seorang pemilik syarikat dan seorang pengarah logistik agensi penguat kuasa ditahan direman kerana disyaki bersubahat mengemukakan tuntutan palsu dari Julai hingga November 2020.

Pengarah SPRM Kedah Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu. -Bernama

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *