Kebakaran rumah: Pasangan suami isteri maut, anak remaja terselamat

Kebakaran rumah: Pasangan suami isteri maut, anak remaja terselamat

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri maut dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Jalan di Jalan SS21/18, Damansara Utama, Selangor awal pagi ini,

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihak bomba bagaimanapun berjaya menyelamatkan anak perempuan pasangan itu yang berumur 14 tahun.

Beliau berkata pasangan yang maut dikenali sebagai Kang Tsi Yam, 61, dan isterinya Leong Chen Mun, 55.

Katanya empat jentera bersama 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dan Petaling Jaya bergegas ke lokasi kejadian selepas pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran kediaman itu pada pukul 5.13 pagi.

“Anggaran kemusnahan 70 peratus dan kebakaran dikesan berlaku di bilik utama tingkat atas kediaman tersebut serta bahagian dapur di tingkat bawah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke hospital berhampiran untuk bedah siasat dan kini pihak bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca kebakaran,“ katanya. -Bernama

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *