1.44 juta murid, pelajar mulakan sesi persekolahan di empat negeri hari ini

1.44 juta murid, pelajar mulakan sesi persekolahan di empat negeri hari ini

KUALA LUMPUR: Seramai 1.44 juta murid dan pelajar terdiri daripada Kumpulan A melibatkan Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah memulakan sesi persekolahan 2024/2025 hari ini.

Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata secara keseluruhannya, terdapat seramai lima juta murid serta pelajar mengikuti sesi persekolahan 2024/2025 dengan Kumpulan B akan memulakan sesi akademik esok.

Kumpulan B melibatkan Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Terdapat lima juta murid daripada (peringkat) prasekolah sehingga tingkatan enam, manakala di Johor sahaja, ada 602,619 orang (murid dan pelajar),” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail di JOHOR, hari ini.

Di TERENGGANU, Pengarah Pendidikan Negeri Jelani Sulong berkata seramai 234,789 pelajar tahun satu hingga tingkatan lima memulakan sesi persekolahan 2024/2025 hari ini di 506 sekolah di negeri itu.

“Jumlah tersebut merangkumi 134,380 murid sekolah rendah dan 100,409 pelajar sekolah menengah,” katanya ketika ditemui pemberita di SMK Serada, di Kuala Terengganu.

Di KELANTAN, Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz berkata seramai 251,185 pelajar memulakan sesi persekolahan di negeri itu bagi sesi persekolahan 2024/2025.

“Sesi persekolahan kali ini dibuka ketika cuaca panas serta kering berpanjangan yang sedang melanda negara. Oleh itu, kami minta semua pihak berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya kepada pemberita selepas meninjau di Sekolah Kebangsaan Ismail Petra 1, Kota Bharu.

Tinjauan Bernama di sekolah berkenaan juga mendapati murid hadir ke sekolah seawal 7 pagi dan turut diceriakan dengan maskot watak animasi BoiBoi Boy, Transformers dan Hello Kitty.

Sementara itu, di KEDAH, Pengarah Pendidikan Negeri Ismail Othman berkata seramai 200,793 murid di 548 sekolah rendah dan 153,918 pelajar di 204 sekolah menengah memulakan sesi akademik hari ini.

“Terdapat seramai 31,110 murid memasuki tahun satu dan 31,090 murid memasuki tingkatan satu dan setakat ini semua sesi persekolahan di Kedah berjalan lancar,” katanya selepas meninjau sesi pembukaan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah, di Alor Setar. – Bernama

Author:

2 thoughts on “1.44 juta murid, pelajar mulakan sesi persekolahan di empat negeri hari ini

  1. Die Stadt bietet eine große Auswahl an Spielhallen und Spielotheken,
    die alle ihre eigenen Vor- und Nachteile haben. Neben Spielautomaten gibt es im
    Café Rumford auch Billardtische, Darts und Sportübertragungen. Wer sich informiert, bewusst spielt und seine
    Grenzen kennt, kann das Casino-Flair in Bayern entspannt genießen. So entsteht ein Rahmen,
    in dem sich Einsteiger wie erfahrene Gäste gut zurechtfinden. Wer hingegen lieber an Automaten spielt, kann in München aus einer großen Auswahl an gepflegten Spielhallen wählen.
    Sowohl Spielautomaten als auch Roulette-, Poker- und Blackjack-Tische sind in jedem getesteten Casino zu finden. Alternativ gibt es natürlich auch immer die Möglichkeit Live Blackjack oder Live Roulette Online zu spielen. “Munichpoker” der Veranstalter von Pokerturnieren in München bietet
    Pokern in Variante Texas-Holdem . Spielhallen hingegen sind private Casinos, die meist nur Spielautomaten anbieten und
    oft nicht so viel Wert auf ein ansprechendes Ambiente legen.
    Seit vielen Jahren steht K1-Gaming für verantwortungsbewusstes Glücksspiel in angenehmer Umgebung.
    Neben dem Automatenspiel genießen Sie hier auch
    kleine Speisen, frisch gemahlenen Kaffee und ruhige Aufenthaltsbereiche.

    Unser K1 Casino in München und Oberschleißheim bietet
    Ihnen das größtmögliche Spielangebot. Bei K1-Gaming erwarten Sie gepflegte Räumlichkeiten, aktuelle Geldspielgeräte und ein Service, der Sie
    ernst nimmt. In unseren FAQ (Häufig gestellte Fragen) finden Sie Antworten zu
    Themen wie Anmeldung, Konto und Spielangebot im Online Casino.
    Wir nehmen nicht nur den Spielerschutz sehr ernst, sondern auch das Thema sicheres Glücksspiel.

    References:
    https://online-spielhallen.de/hitnspin-casino-test-bonus-spiele/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *