Pastikan akses wanita kepada penjagaan kesihatan – Tuanku Zara

Pastikan akses wanita kepada penjagaan kesihatan – Tuanku Zara

IPOH: Mustahak bagi pihak berkepentingan untuk memastikan bahawa wanita mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan yang baik menerusi penyampaian maklumat dan pendidikan serta memperkasakan mereka dalam membuat keputusan termaklum mengenai kesihatan.

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim bertitah dalam bidang perubatan, terdapat dua dimensi penting mengenai wanita iaitu mereka yang aktif menyumbang kepada sistem penjagaan kesihatan, mendedikasikan kemahiran, masa dan semangat untuk penyembuhan; dan mereka yang bergantung kepada sistem penjagaan kesihatan untuk kesejahteraan mereka sendiri dan orang tersayang.

Walaupun mengakui bahawa aspek pertama sering menjadi tumpuan utama dalam perbincangan, baginda memilih untuk menekankan aspek kedua yang perlu diakui bahawa disebabkan oleh faktor-faktor seperti kemiskinan, akses terhad, atau kesan cabaran masyarakat, sesetengah wanita ketinggalan daripada sistem dan tidak mempunyai tempat untuk dituju.

“Penting untuk kita (juga) memasukkan dan memperkasakan wanita yang bergantung kepada sistem penjagaan kesihatan, sering menanggung beban penyakit, tanggungjawab menjaga dan mengendalikan perjalanan perubatan yang rumit.

“Suara dan pengalaman mereka sama penting dalam membentuk keterangkuman dan keberkesanan sistem penjagaan kesihatan kita. Tema ‘Inspire Inclusion’ mesti merangkumi kedua-dua idea,“ titah baginda ketika berucap pada Simposium Wanita Dalam Perubatan 2024 di sini hari ini.

Baginda bertitah usaha itu perlu merangkumi ketersediaan saringan dan pengesanan awal bagi penyakit-penyakit yang boleh dicegah, khususnya bagi wanita di kawasan pedalaman di negara ini.

Selain itu, hal itu juga termasuk memperluaskan jangkauan kepada mereka yang memerlukan perhatian yang kadang-kadang disebabkan oleh keputusan yang menyebabkan mereka berada di jalan yang sukar, titah Tuanku Zara.

“Kehamilan remaja, misalnya, ialah contoh utama, dan beta gembira melihat isu ini dibincangkan dalam forum ini. Tiada sesiapa yang patut dihina atau ditakrifkan oleh satu-satunya kesilapan dalam hidup mereka,“ titah baginda.

Tuanku Zara turut bertitah bahawa kejayaan dan kepentingan wanita dalam sistem penjagaan kesihatan tidak boleh dipandang remeh.

“Kita berkumpul di sini hari ini, kita menyedari cabaran mendesak yang dihadapi sistem penjagaan kesihatan kita. Kementerian Kesihatan dalam Pelan Strategik Program Perubatan 2021-2025 telah mengenal pasti keperluan sumber manusia yang tidak dipenuhi dengan peningkatan beban kerja dan kapasiti sebagai satu daripada cabaran utama yang perlu ditangani.

“Hospital-hospital kekurangan kakitangan, kekurangan dana, sesak, memberi impak kepada kualiti penjagaan kesihatan yang disediakan untuk pesakit.

“Oleh itu, tidak menghairankan bahawa tinjauan 2018 terhadap 2,600 ibu di seluruh Malaysia, Singapura dan Filipina mendapati bahawa 75 peratus daripada mereka berhenti kerja kerana kurang fleksibiliti mengenai isu-isu seperti bilik menyusu dan tiada penjagaan harian kanak-kanak,“ titah baginda sambil menambah bahawa statistik itu menekankan keperluan mendesak untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh wanita dalam bidang perubatan.

Raja Permaisuri Perak bertitah pihak berkepentingan mesti menerima cabaran untuk menangani pelbagai isu dan halangan yang dihadapi oleh wanita, bermula dengan memastikan akses kepada penjagaan berkualiti untuk menangani perbezaan dalam penyampaian penjagaan kesihatan, yang semuanya memerlukan penyelesaian kolaboratif.

“Sama ada mengimbangi kerja dan kehidupan peribadi atau mengendalikan kerumitan sistem, cabaran ini adalah sebahagian daripada perjalanan,“ titah baginda.

Simposium Wanita Dalam Perubatan 2024 dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Malaysia Perak sempena Hari Wanita Antarabangsa yang disambut esok.

Simposium sehari itu menampilkan pembentangan daripada pakar-pakar kesihatan termasuk Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr. Azizan Abdul Aziz yang membincangkan “Penjagaan Kesihatan di Malaysia – Isu, Cabaran dan Perspektif Berbeza” dan Pakar Oftalmologi Prof. Dr. Shatriah Ismail, yang membentangkan kertas kerja mengenai “Cabaran dalam Mendapatkan Latihan Pakar dan Subkepakaran Semasa”. – Bernama

Author:

16 thoughts on “Pastikan akses wanita kepada penjagaan kesihatan – Tuanku Zara

  1. Just here to join conversations, share thoughts, and learn something new throughout the journey.
    I’m interested in understanding different opinions and adding to the conversation when possible. Interested in hearing different experiences and building connections.
    There’s my site-https://automisto24.com.ua/

  2. I realized that https://bettom.io/ online casinos have improved a lot in design. Back then everything felt slow, but now pages respond quickly, the visuals look fresh, and navigation is comfortable. It feels more like entertainment than just spinning reels.

  3. I’ve noticed that TeaSpins slot games UK digital casino platforms have improved a lot in overall interface quality. Back then everything felt not optimized, but now pages respond quickly, the visuals look fresh, and navigation is logical. It feels more like an interactive experience than just casual gambling.

  4. J’ai constaté que https://cleobetra24.com/ les casinos en ligne se sont beaucoup modernisés. Avant tout semblait mal optimisé, mais aujourd’hui les pages se chargent vite, les visuels sont créatifs et la navigation reste simple. On parle maintenant d’une véritable expérience plus que d’un simple jeu de hasard.

  5. Zaregistroval jsem, že http://hit-n-spin.cz/ kasino weby jsou dnes mnohem rychlejší. Dříve působila neohrabaná, ale teď se stránky běží plynule, grafika je čistá a ovládání příjemné. Už je to spíš interaktivní zábava než jen čistá náhoda.

  6. J’ai remarqué que HitnSpin France les sites de casino se sont beaucoup développés. Avant tout semblait mal optimisé, mais aujourd’hui les pages répondent instantanément, les visuels sont créatifs et la navigation reste agréable. On parle maintenant d’une véritable expérience plus que d’un simple tour de rouleaux.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *