GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) setengah bulan gaji atau minimum RM1,200 kepada semua kakitangan awam di negeri itu.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata selain kakitangan awam, BKKA sebanyak RM300 diberikan kepada penyelia dan guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR), serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).
“Turut menerima bantuan ini ialah kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), guru tahfiz, pondok dan tadika Islam (TADIS), serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.
“BKKA ini turut dipanjangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri, tertakluk kepada keupayaan kewangan masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Chow berkata bayaran BKKA itu akan dikreditkan pada 15 Mac dan dianggarkan bakal membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM7.44 juta.
Beliau berkata selain untuk persediaan menyambut Syawal, BKK juga sebagai tanda penghargaan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam yang merupakan nadi kepada kerajaan negeri.
“Umumnya, pemberian BKKA ini diharap dapat meringankan beban kewangan penjawat awam negeri, khususnya sebagai persiapan menyambut Aidilfitri pada tahun ini,” katanya. – Bernama

Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me? https://www.binance.info/en/register?ref=JHQQKNKN