KUALA LUMPUR: Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) yang telah dikemas kini bagi perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar akan berkuat kuasa mulai 1 April ini.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata MSQoS yang dikemas kini oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menetapkan penyedia perkhidmatan jalur lebar perlu memastikan purata kelajuan muat turun tidak kurang daripada 7.7 megabait sesaat (Mbps) pada tahun ini.
Beliau berkata menerusi kemas kini standard itu juga, purata kelajuan muat turun mestilah tidak kurang daripada 10.0 Mbps bermula tahun depan.
“MSQoS bagi perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar kita telah kemas kini dan ini dibuat sebagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan Internet di negara ini.
“Sebagai contoh, sebelum ini kita tetapkan tidak kurang daripada 90 sampel ujian perkhidmatan itu perlu mencapai kelajuan muat turun pada 2.5 Mbps atau lebih tinggi dan apabila berkuat kuasa standard mandatori yang baharu ini, purata kelajuan muat turun tidak boleh kurang daripada 7.7 Mbps,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
— LAGI

Your point of view caught my eye and was very interesting. Thanks. I have a question for you.
Can you be more specific about the content of your article? After reading it, I still have some doubts. Hope you can help me.