Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang

Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang daripada 121 keluarga setakat 12 tengah hari ini berbanding 64 orang daripada 16 keluarga pagi tadi.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), mereka ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan selatan Sarawak.

Di Kuching, seramai 194 orang daripada 82 keluarga ditempatkan di PPS Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru manakala 98 orang daripada 23 keluarga di PPS Dewan Masyarakat Stapok.

Sementara itu, di Bau, 64 orang daripada 16 keluarga berlindung di PPS Dewan Kampung Segong.

Situasi banjir berlaku di kawasan selatan Sarawak susulan hujan berterusan sejak malam tadi. -Bernama

Author:

7 thoughts on “Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang

  1. I don’t think the title of your article matches the content lol. Just kidding, mainly because I had some doubts after reading the article.

  2. Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *