Penuntut IPTA dikhuatiri lemas di Lata Hammer

Penuntut IPTA dikhuatiri lemas di Lata Hammer

KUANTAN: Seorang penuntut Institusi Pengajian Awam (IPTA) dikhuatiri lemas selepas didakwa hilang semasa beriadah di air terjun Lata Hammer, Bentong dekat sini.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata Muhamad Hafiz Khairul Azmi, 22, didakwa hilang pada 12.30 tengah hari Ahad lepas.

“Mangsa dikatakan ke air terjun itu bersama tujuh rakan dan didakwa hilang semasa keadaan kelam-kabut disebabkan kejadian lemas melibatkan dua wanita

“Bagaimanapun, dua wanita itu berjaya diselamatkan orang awam,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula sejak hari kejadian masih diteruskan pada hari ini. – Bernama

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *