Polis Tanah Merah kenal pasti 24 pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand

Polis Tanah Merah kenal pasti 24 pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand

TANAH MERAH: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah mengenal pasti 24 pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand berdekatan daerah itu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah (gambar) berkata daripada jumlah itu terdapat 10 pangkalan haram aktif di sepanjang Sungai Golok dikenal pasti terbabit aktiviti penyeludupan.

“Polis IPD Tanah Merah akan mengawal ketat pangkalan haram terbabit, langkah ini bertujuan mengekang aktiviti penyeludupan terutamanya melibatkan pendatang tanpa izin, dadah dan sebagainya.

“Kami mempunyai kawasan sempadan seluas 18 kilometer bermula dari Lalang Pepuyu hingga Ayer Lanas,“ katanya ketika ditemui pemberita di IPD Tanah Merah, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Haki berkata kesemua kawasan pangkalan haram itu melibatkan kawalan balai polis Lalang Pepuyu, Nibong dan Bukit Bunga.

“Kawalan ini dilakukan melalui rondaan secara berkala oleh anggota yang bertugas bagi memastikan tiada unsur-unsur atau aktiviti menyalahi undang-undang negara.

“Kami (IPD Tanah Merah) memberi tumpuan kepada kegiatan jenayah rentas sempadan yang boleh memberi kesan buruk kepada keselamatan negara,“ katanya. -Bernama

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *