PM ucap tahniah kepada skuad hoki lelaki 5s negara

PM ucap tahniah kepada skuad hoki lelaki 5s negara

KUALA LUMPUR: Kejayaan Malaysia muncul naib juara edisi sulung Piala Dunia Hoki 5 sebelah (5s) 2024 pada Rabu malam (awal pagi Khamis waktu Malaysia) mencuri perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dalam hantaran di laman Facebook hari ini mengucapkan tahniah atas pencapaian dilakar skuad bimbingan Wallace Tan biarpun tumpas 2-5 kepada Belanda pada aksi final yang berlangsung di Hockey Oman Venue itu.

“Tahniah kepada pasukan hoki 5 sebelah negara yang menjadi naib juara Piala Dunia Hoki 5 sebelah lelaki di Muscat, Oman.

“Terus pamerkan kesungguhan dan aksi luar biasa dalam setiap kejohanan yang disertai selepas ini,” kata beliau.

Malaysia memulakan kempen peringkat Kumpulan D dengan keputusan seri 3-3 menentang tuan rumah Oman sebelum mencatat dua kemenangan masing-masing mengatasi Amerika Syarikat 3-2 dan Fiji 8-3 bagi mengesahkan slot ke suku akhir.

Skuad kebangsaan yang bergelar naib juara Kumpulan D kemudian menumpaskan juara Kumpulan C Trinidad dan Tobago 5-4 di peringkat suku akhir sebelum mengesahkan kemaraan ke final apabila mengatasi Poland 4-3 pada aksi separuh akhir. -Bernama

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *